|
|
| Wednesday, 20-Aug-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Udang Mercun
|
|
Di Restoran Duyung di Kelab Darul Ehsan, udang ini dipanggil 'fire-crackers'.
Senang sangat buatnya. Buang kulit udang, tinggalkan ekornya saja. Balut udang dalam kulit popia (saya goreng dulu sekejap dalam mentega sebab kalau sudah dibungkus takut susah masak). Goreng. Siap.
Ini versi asal. Udang saya kontot-kontot. Nampak sangat udang murah
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Aug-2008 08:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
08.08.08
|
|
Adik saya, Ah Poh (bukan nama sebenar ), lahir pada tarikh yang lawa ini.
Saya dan suami saya berkahwin pada tarikh yang lawa ini juga. Tapi kami tidak sempat tunggu lima tahun untuk dapat tiga kali lapan. Hihihi.
Ada siapa-siapa lagi yang obses dengan nombor lawa macam saya? (Nota: nombor lawa ya, bukan nombor khurafat yang bawa 'ong' atau tuah... itu tak main.)
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-Aug-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kopi
|
|
Sedikit cerita kosong tentang kopi:
1. Kopi O pekat kurang gula sedap diminum panas dengan ubi rebus dan sambal belacan, atau nasi lemak, atau goreng pisang panas cicah sambal kicap. Kalau bayangkan, boleh leleh air liur tak?
2. Di Arab Saudi ada jual Ali Cafe. Banyak produk Power Root di pasaraya di sana termasuk Pe’rl Cafe yang saya tidak boleh telan langsung (entah rasa apa-apa). Bukan saja jual di pasaraya, di tivi pun ada iklan Ali Cafe, pakwe Arab dengan memakai igal main goyang-goyang ibu jari dan jari telunjuk. Saya tidak puas hati. Ali Cafe bukan sedap sangat! (Maaf, Encik Ali). Macam mana boleh pecah pasaran sampai ke sana?
3. Orang Inggeris suka minum teh. Orang Amerika tunjuk perasaan dengan membuang peti teh ke dalam laut dan mereka minum kopi. Emak kata arwah datuk saya suka minum-minum di kedai kopi. American jugak atok aku rupanya.
Gambar paling atas itu adalah gambar curi. Dari budak ini, yang pakar buat dan minum kopi.
Coffee Lava di Old Town Cafe – ada kopi pekat, ada aiskrim vanila, dan ada serbuk kopi lagi di atasnya. Sedap.
Cerita-cerita tentang kopi di atas hanya pandangan peribadi dan bukan bertujuan untuk memburukkan mana-mana jenama/produk. Janganlah saman saya. (Tapi saya tetap tidak suka minum Ali Cafe).
Tambahan: Kalau nak tahu, 'kumbahan badan' boleh juga berbau kopi bila makan Irish Cookies Mak Lang yang kaw tu. Tapi itu mungkin kerana sekali makan, saya sebat terus setengah botol! Memang tak agak-agak.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kek Oren Kak Rinn
|
|
Benar kata Kak Rinn, kek oren ini MEMANG sedap. Kalau ikutkan hati, saya tidak mahu kongsi dengan siapa-siapa, hendak sapu seorang saja.
ORANGE MOIST CAKE
Bahan-bahan :
240gm majerin
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick
Parutan kulit sebiji buah orange
Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darjah selsius selama 45 minit atau sehingga masak.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jul-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Biskut Batik
|
|
Saya tidak tergamak hendak panggil benda ini 'kek batik' sebab... apa yang keknya? Rasa sangat tidak adil pada orang yang penat-penat angkut mixer dan habiskan karan bakar kek dalam ketuhar. Bahan untuk buat biskut ini cuma perlu digodak-godak dalam periuk dan sejukkan dalam peti sejuk.
BISKUT BATIK*
400g biskut Marie - patah-patahkan
2 biji telur
1 atau 1 1/4 cawan gula
250g mentega
150g serbuk koko atau Milo
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat
1. Pukul sedikit telur dengan gula, ketepikan.
2. Dengan api kecil, cairkan mentega di dalam periuk, campur koko dan gaul rata.
3. Tambah susu segar, kacau sebentar, diikuti susu pekat dan campuran telur dengan gula tadi.
4. Akhir sekali masukkan serpihan biskut Marie, gaul hingga semua biskut disaluti adunan koko.
5. Tuang ke dalam loyang yang sudah dialas dengan kertas aluminium.
6. Sejukkan dalam peti sejuk. Bila keras, potong dengan pisau tajam.
7. Makan.
* Resepi ini saya curi dari Mak Lang dan pandai-pandai ubah suai mengikut kehendak tekak sendiri . Terima kasih, Mak Lang, pengeluar biskut yang terkenal seantero Malaya (zon tengah).
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sungai Congkak
|
|
Adik saya yang mentel sedang berkursus di Sungai Congkak selama dua minggu. Kerana dia mengada-ngada, tapi sudah belikan saya dua set kek harijadi, semalam kami merapak ke sana menjadi pari-pari yang cuba menghiburkan hatinya.
Bawa bekalan yang mudah-mudah saja. Ada mi hun putih, sanwic sardin, sanwic telur, kek lapis Sarawak, dramet, naget dan buah-buahan.
Saya berharga... (cek barkod). Biasalah, kalau cantik orang memang selalu dengki dan main-mainkan .
Meduk. "Kejap lagi orang balik tinggallah aku dalam hutan ni lagi satu minggu. HUWAAA!"
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Choki-choki
|
|
Sejak baru-baru ini, Choki-choki mula terkenal semula. Saya rasa macam baru darjah tiga. Seronoknyaaa! Lazat dan berkrim.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jul-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Singki Tersumbat
|
|
Beginilah kalau singki sudah tersumbat. Di rumah flet pula tu... sob sob.
Usaha untuk menjolok sendiri.
Saya tidak tahu perkataan ‘singki’ hingga sudah dalam tingkatan menengah atas. Kerana sejak kecil saya sebut sink saja. Boleh percaya? Haha.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Jul-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DOL-nat
|
|
Ini resepi donat ala-ala J-Co dari fp Kak Rinn.
DONAT ALA-ALA J-CO
Bahan A :
850gm tepung high protein
1 paket yis Mauripan
1 sudu kecil garam
600ml air masak suam
Bahan B :
200gm tepung high protein
1 sudu kecil garam
60gm susu tepung
125gm gula halus
2 biji telur saiz kecil
125gm shortening (atau majerin)
Cara-cara :
1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi 10minit.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera.
Tapi, saya tidak buat kuih donat. Saya buat kuih dolnat, menggunakan acuan plastif yang bermutu.
Memang sam-dol.
Ini saja yang macam hendak jadi. Tapi bila goreng, tidak menjadi juga. Tak lalu saya hendak ambil gambar. Apa-apa pun, rasanya sedap! Segala kepincangan rupa bentuk berpunca dari kesamdolnatan saya sendiri.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 6-Jul-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
3 Rejab
|
|
Saya lahir pada 3 Rejab entah berapa tahun dahulu (buat-buat lupa).
Kerana saya kakak yang baik tahun ini dan masakkan adik saya macam-macam, dia belikan dua set kek kartun kegemaran saya. Yahu!
Atau mungkin dia baik hati kerana hari jadi dia selepas hari jadi saya, maka dia perlu 'tanam modal'. . Harus!
|
|
|
|