|
|
| Thursday, 3-Jul-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mi Hun
|
|
Kepada kawan saya, Idariah, yang sudah lama bising-bising hendak makan mi hun.
(Tambahan: GAMBAR sahaja. Kepada yang bising-bising tulis komen di bawah, tak usahlah iri hati pada Ida) .
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Jun-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Goreng Ayam
|
|
Saya tidak mahu cerita tentang harga minyak petrol dan buat semua orang muntah. Ini cerita minyak masak.
Boleh dikatakan semua ‘kejadian tidak diingini’ di dapur saya bermula dengan minyak tumpah. Biasanya saya sedang goreng sesuatu, sudip terhempas di kuali, atau jatuh ke lantai, minyak melenting – habis kena tangan, dinding dan lantai dapur. Mood saya akan terus rosak. Dan selepas itu biasanya, semua benda saya buat jadi tidak kena – gula tumpah, pinggan terlepas, bekas entah apa-apa terjatuh. Hingga masakan pun hilang kick.
Jadi, ini solusinya.
Gambar: kuali, saya sedang goreng ayam.
Anda pernah buat? Saya selalu. Heheh.
Nota kaki bangku: Entri ini untuk sedapkan hati Ayu, yang goreng telur dengan tutup periuk sebagai perisai. Jangan marah, Ayu, rahsia kasi buka haaa .
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jun-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Q
|
|
Semalam saya berjumpa dengan kawan-kawan lama. Memang lama. Kebanyakan kami sudah berkawan hampir 20 tahun. Ada yang masih terus berkawan baik, ada yang sudah terputus hubungan. Apa yang membawa kami kembali berkumpul? Makananlah.
Gambar-gambar makanan ini khas untuk Ja, Ida & Fidie yang jauh di mata tapi dekat di hati .
Ja, jangan marah (baca=kecur) ya. I love youuuu.
Tulis nama pada cawan supaya tidak tertukar atau terbuang. Saki-baki tabiat lama. Di asrama dulu, kami tulis nama pada baldi, bekas sabun dan selipar .
Kemudian saya ke Midvalley. Di tingkat 3 ada Wedding Exhibition(entah apa nama sebenar) dan seorang kawan saya mengambil bahagian. Walaupun saya sudah kahwin, saya menyibuk juga untuk beri sokongan.
Cantik, kan? Kalau anda sedang merancang perkahwinan dan berminat, boleh hubungi Shoba di 012-6875057 atau ke laman web beliau di Simply Cakes.
Dan saya dapat cupcake percuma. Tidak sia-sia berjalan ke sana. Yay!
Sekian dilaporkan tentang Hari Q saya semalam.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 13-Jun-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jemput-jemput Kentang
|
|
Seorang kawan saya mencadangkan saya kongsi resepi-resepi budget sementelaah (Sementelaah! Haha, bahasa Melayu SPM betul!) keadaan ekonomi yang meruncing sekarang. Ini dia, jemput-jemput kentang.
Sama saja dengan jemput-jemput ikan bilis-bawang biasa, tapi dicampur dengan kentang rebus yang sudah dipotong dadu.
Bila tengok-tengok balik, saya rasa tidaklah berapa budget, sebab kalau jemput-jemput biasa hanya guna tepung, air, ikan bilis dan bawang, jemput-jemput ini perlu ditambah kentang... kecuali kentang itu ditanam sendiri di belakang rumah. Haaa! Pergi, pergi, cepat cari benih kentang. Eh. Tanam kentang pakai benih ke?
Ps: Adakah saya seorang saja yang rasa sangat kurang selesa kita berkongsi ruang fotopages dengan terlalu ramai warga Isr@el, negara tidak semenggah yang ingin-hendak-jadi (wanna-be) itu? Hingga rasa macam hendak 'pindah rumah'.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Jun-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
T2
|
|
Tunot-mania diteruskan. Kebetulan adik saya balik ke rumah mertuanya di Kluang. Dia ambil gambar-gambar ini dengan kamera-telefon. Jadi saya beri promosi percuma untuk Wak Tunot, yang menjual keropok, kerepek, segala macam jajan dan buah tangan untuk kenduri-kendara.
Sesiapa yang ada apa-apa majlis di Johor, carilah Wak Tunot (atau 2 Note, hehe). Dan jangan lupa sebutkan nama fp saya, mana tahu kalau-kalau dia hendak upah saya dengan bekalan kerepek untuk setahun .
Klausa pengecualian: Kepada sesiapa yang terlepas pandang komen Azlina Wak Pajoh, Wak Tunot adalah seorang perempuan. Harap lupakanlah hasrat-hasrat ingin tahu sama ada wak ini cakep atau ganteng (Shima, ambil perhatian!). Saya tidak mahu bertanggungjawab atas apa-apa insiden yang tidak diingini ke atas Wak Tunot. Kasihanilah wak. Harap maklum.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Jun-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
T
|
|
T untuk Tiramisu
Resepi tiramisu ini ada di sini.
T untuk Tunot.
Saya tidak kenal Wak Tunot tapi saya sudah cinta dengan nama dia .
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Jun-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dua Muffin
|
|
2 jenis muffin, 1 cara buat.
MUFFIN KOPI CIP COKLAT
Bahan A
350 g tepung gandum - ayak
3 sudu kecil serbuk penaik – ayak
½ sudu kecil garam
200 g gula perang
Bahan B
150 ml minyak jagung
250 ml susu kopi
1 sudu kecil Nescafe
1 biji telur – dipukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila
coklat cip secukupnya
MUFFIN OREN COKLAT URAI
Bahan A
2 cawan tepung gandum – ayak 2 kali
1 sudu kecil serbuk penaik – ayak 2 kali
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula perang
2 sudu besar coklat urai
Bahan B
½ cawan mentega – cairkan
1 cawan jus oren
1 biji telur – dipukul sedikit
1 sudu kecil esen oren
coklat cip, jika suka
Cara-cara:
1. Gaul rata bahan A dalam mangkuk.
2. Tuangkan semua bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata dengan senduk kayu.
3. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin dan hias dengan cip coklat.
4. Bakar selama lebih kurang 20 minit.
* Saya lebih suka yang oren.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-May-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kek Kasemak
|
|
Kek. Peti sejuk. Penuh. Tolak. Buah tersepit. Kelakar. Hihihihi.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-May-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Notis
|
|
Dapur saya akan disita lebih kurang 3 minggu. Hingga saya kembali nanti, saya tinggalkan kawan-kawan semua dengan gambar sambal goreng belum siap ini (kerana saya suka warna-warnanya yang cantik). Harap maklum.
Dengan izin Allah, kita berjumpa lagi.
Doa-doakanlah yang terbaik untuk saya dan keluarga. Terima kasih!
I love you aaalllll!! <-- ala-ala rock star sikit, heheh.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Apr-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kek Keju & Stroberi Terkejut
|
|
Kek Keju & Stroberi Terkejut
(Update 29/04: OKlah, OKlah... atas nasihat MamaFaMi dan Kak Hajar, saya tukar nama kek ini pada Kek Kejutan Keju & Stroberi. Puas hati? Heheh.)
4 oz mentega
4 oz gula
4 oz tepung
2 biji telur
sedikit cream cheese – pukul hingga lembut
sedikit jem stroberi
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi. Kaup balikkan tepung. Isi ½ dalam cawan kertas, letak sedikit cream cheese dan/atau stroberi, tutup dengan sedikit lagi adunan di atasnya. Bakar pada suhu 160c lebih kurang 20 minit.
Keju & stroberi.
Atau keju sahaja, pun boleh.
*Saya tidak pasti apa ‘surprise’ dalam Bahasa Melayu. Hahaha.
|
|
|
|